Dragon Red

Dragon Red merupakan sebuah kumpulan muzik di Malaysia yang mengetengahkan lagu-lagu berentak rock dan hip hop kebanyakkannya dalam bahasa Inggeris. Kumpulan ini diasaskan pada 2001 oleh Chandrakumar Balakrishnan atau lebih dikenali sebagai Landslyde selepas beliau meninggalkan kumpulan Poetic Ammo.